Quiz tentang buah-buahan


Setelah memperkenalkan kepada kanak-kanak tentang buah-buahan kita sebagai ibubapa atau guru boleh mengasa pengetahuan mereka dengan quiz seperti dalam gambar tersebut. Quiz ini adalah untuk membantu memperkuatkan lagi ingatan mereka dan juga menjadikan pembelajaran itu lebih seronok. 

Terdapat 4 aktiviti yang boleh dijalankan menggunakan quizlet ini antaranya adalah 

  1. Flashcard atau kad imbasan- ini membantu guru untuk melatih ejaan kanak-kanak tanpa menggunakan kertas atau bertulis, guru atau ibubapa boleh memainkan kad imbasan ini dimana sahaja pada bila masa sahaja. kad imbasan ini disertakan dengan tulisan yang sesuai utnuk kanak-kanak tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil. Kelebihan kad imbasan ini juga dalam bahasa inggris. 
  2. Learn atau kelas-  bahagian ini merupakan quiz pendek yang mudah difahami dan dibaca oleh kanak-kanak, soalan yang disertakan dalam quiz ini. Ibubapa dan guru boleh bermain sambil belajar dalam bahagian ini kerana terdapat pilihan jawapan yang boleh dibincangkan bersama-sama. 
  3. Test atau ujian - Bahagian ini adalah sama seperti bahagian ujian dimana terdapat soalan yang mudah dan disertai dengan pilihan jawapan namun kelebihan dalam bahagian ini adalah guru dan ibubapa  boleh muat turun soalan ini untuk dijawab oleh kanak-kanak 
  4. match atau padankan- Bahagian ini adalah permainan memadankan gambar buah-buahan yang mudah dan seronok untuk dimainkan. tidak perlu dirisaukan padankan gambar ini sangat mudah dimainkan oleh kanak-kanak. 
link -  https://quizlet.com/237904808/buah-buahan-flash-cards/


Terdapat website lain yang juga sama seperti quizlet namun lebih mudah dikendali kerana semuanya dalam bahasa malayu, dalam website ini terdapat beberapa yang boleh dimainkan oleh kanak-kanak seperti : 
  1. Membuka gambar: permainan ini seperti teka gambar dengan hanya buahan tempatan, mudah dimainkan kerana tidak mempunyai arahan yang berbelit atau sukar. terdapat 10 jenis buahan yang boleh diteka dalam membuka gambar ini. 
  2. Kuiz: terdapat soalan seperti siapakah saya ?, dan mempunyai empat pilihan jawapan yang mana juga adalah nama buah-buahan yang telah diajarkan pada waktu pengenalan nama buah-buahan. 
  3. Kuiz rancangan mainan: kuiz ini juga sama seperti kuiz yang sebelumnya namun terdapat masa untuk menjawab selama 50 saat setiap satu soalan , kuiz ini akan sedikit mencabar bagi kanak-kanak namun menyeronokkan kerana tidak terlalu senang. 
  4. Roda rawak: roda ini akan berputar dan berhenti kepada satu nama buah yang perlu dibaca dan diteka oleh kanak-kanak, untuk bahagian ini akan memerlukan pantauan ibubapa atau guru agar kanak-kanak tahu mereka menjawab dengan betul ataupun tidak. Guru boelh gunakan bahagian ini untuk dijalankan di dalam kelas sebagai permaianan. 
terdapat beberpa templat lain lagi dalam website ini dan boleh dilihat sendiri daripada link yang diberikan berikut :  https://wordwall.net/ms/resource/19073355/bertema-buah-buahan-tempatan/buah-buahan-tempatan 


 

Comments

Popular posts from this blog

Mengenali buah-buahan tempatan

Pengenalan Blog